Jun 8, 2008 C i n t a


Cinta itu terlampau indah hinggakan kita lupa akan realiti sebenar. Ia hadir tanpa kita sedari dan makin hari ia memakan diri. Kita hanyut dalam mainan cinta. Ketika itu kita hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa. Akhirnya perpisahan yang menyeksa diri. Dunia dibayangi benci dan kesedihan. Air mata mengalir tanpa henti sekalipun tidak akan mengubah keadaan menjadi seperti dulu. Hanya tinggal memori dalam ingatan. Simpan lah selagi kita mampu menanggung keperitan itu tapi sampai bila? Dunia ini terlalu singkat untuk bersedih. Hidup ini bagaikan perjalanan di atas kain putih dimana kita sendiri yang mencorakkan dunia kita. Tapi sejauh mana perjalanan sekali pun kisah cinta lalu tetap akan sentiasa menghantui diri. Itu la realiti kehidupan. Di dalam dunia ini semua perhubungan kelihatan indah-indah belaka. Tetapi hakikatnya tiada siapa yang tahu. Sakit, pedih , seksa terkubur didalam hati.

Cinta ini ibarat matahari dimana ia terbit dan terbenam. Tetapi bayang-bayang masih wujud jikalau cahaya hadir bersamanya. Begitu juga cinta. Perhubungan itu ada naik turunnya tetapi ia akan sentiasa kekal jika pasangan kekasih itu masih kuat kasih sayang di antara mereka. Biar kuat mana pun gempa bumi melanda, hujan ribut petir, gunung berapi meletup tetapi jika masih ada cinta, ia takkan kemana. Selagi kita mampu berdiri di atas dunia ini, selagi denyutan jantung masih kedengaran, sayangi orang di sekeliling. Manusia hanya mampu merancang, Dia di atas yang memutuskan. Tidak salah menagis kerana cinta kerana kita hanya makhluk Tuhan yang lemah.

0 comments: