Jan 3, 2009 ungkapan di pagi hari


Sejak kebelakangan ni, aku banyak membaca. Bukan membaca buku atau warta harian, cuma blog orang yang banyak isi hatinya. Ada yang indah, ada yang benci tapi siapa tahu samada benar atau sebaliknya. Penulis-penulis itu bukan dari lingkaran aku, aku lihat, aku cuba, dan aku baca. Berbahasa Malaysia, penuh dengan sastera dan ia membuatkan bahannya indah untuk dibaca. Perkahwinan dan perpisah. Mungkin masih jauh bagi kita untuk memikirkannya tapi tidak salah kalau jadikannya sebagai panduan, pengajaran dan pengetahun untuk masa kelak.

Perkahwinan dan perpisahan sudah senonim dan sebati. Itulah hidup. Ada selok-beloknya, cuma perlu ada iman dihati sebagai pemandu ke destinasi. katanya, perkahwinan itu satu destinasi dimana suatu hari nanti akan menjadi realiti. Cuma bila, siapa, di mana bukan kuasa kita yang tentukan. Manusia kini bukan semuanya berhati, ada yang berhati tetapi dalamnya kosong. Punya jasad tapi tiada jiwa. Terbawa-bawa dengan dunia kasar ini. Apa yang kita mahu sebagi teman hidup? Yang punya harta, rupa atau cinta? Dulu mungkin rupa paras yang dipandang tinggi tapi dunia sekarang itu semua tidak menjanjikan kebahagiaan. Harta? Kalau kita lihat pasangan yang jauh usianya. Orang kata cinta tidak kenal usia. Persetankan semua itu. Benar kalau aku katakan dia punya harta? Kini wang ringgit mampu beli satu dunia. Tapi ingat, dunia hanya sementara. Rupa akan dimakan hari, wang ringgit dikikis manusia tapi hati hingga ke mati. Jadi apa yang kau mahu?

Aku terdiri dari kalangan kamu yang juga tidak mampu melihat masa depan. Aku cuma coret apa yang kulihat dengan mata kasarku ini. Jadi kita sendiri yang pilih jalan kita. Masih jauh? Mungkin.


p/s: mungkin aku terikut dengan cara penyampaiannya. Maaf salah tatabahasa hukum bahasa.

0 comments: