Feb 3, 2009 sedikit sebanyak kisah aku


Sem tiga telah bermula secara rasminya dan kemungkinan besar sem ni aku akan kekurangan tidur yang mendadak. Tapi aku agak terangsang dengan mata pelajaran yang baru sebaik sebanyak dapat menambahkan ilmu didada aku. Doa ibu bapa amat diperlukan.

Cuti yang lepas aku bertapa di Topshop Mid Valley selama 19 hari. Banyak yang aku tempuhi selama berada disana. Bangun pada 5.45 pagi untuk persediaan awal. Dari Rawang ke Mid Valley aku menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau nama sebenar KTM. Dengan menggunakan kuasa Touch 'N Go aku redah palang masuk dengan selamba tanpa perlu beratur sepanjang 4 meter. Hari pertama aku telah didatangi ujian yang pertama iaitu KAUM HAWA. Pelbagai kaum, rupa, bentuk, size dan warna aku jumpa. Waktu itu kuasa jihad aku melebihi tahap kuasa dewa dah. Selepas beberapa hari semua tu aku telan tawan. Ujian seterusnya adalah kuasa hawa dingin. Suhu disana tidak ubah seperti di UK. Nasib aku dilahirkan disana. Orang kata it is in my blood. Pengembaraan aku belum tamat disana. Ujian yang telah membuatkan aku lemah adalah berdiri. Bukan 2-3 jam tapi 8 jam berdiri tanpa duduk. Orang ingat aku ni anak buah David Blaine, cepat-cepat aku nafikan unuk mengelakkan kontroversi. Belum cukup dengan itu, ujian yang aku masih belum dapat atasi adalah bau kaki dan bau badan. Tak sangka kaum Hawa sebusuk kaum Adam. Nasib aku ni ada resdung kurang sikit reseptor bau aku. Kalau tak mau tahi hidung sebesar ibu jari. Berapa gaji aku terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan kes ragut.

Takde benda yang baru dalam hidup aku ni cuma koleksi kasut aku bertambah. Kini jumlahnya adalah 9 pasang. Mengikut visi dan misi aku selagi mampu aku nak kumpul kasut banyak-banyak. Oh, satu lagi. Bagi sesiapa yang sukakkan cabaran, cubalah sukan lasak luncur air atau lebih sedap dipanggil SURF. Aku dah taubat nak try lagi. Salam.



1 comments:

wan-ohh-wan said...

nak "uk is in my blood" sangat pon takleh gak cip!
HAHAHAHA.
pudi!